Thursday, May 19, 2011

Shah Alam Hab Hiburan

Penulis ada terdengar yang Shah Alam berkemungkinan akan dikenali sebagai hab hiburan

Penulis juga ada teringat yang dahulu bila masa Kerajaan PAS mentadbir Terengganu segala bentuk hiburan berteraskan barat dianggap sebagai tidak islamik.

Kini Selangor di bawah pakatan pembangkang yang mana turut mempunyai wakil PAS di dalam kerajaan begitu terbuka di dalam mempromosikan hiburan ala barat.

Kalau ditanya penyokong PAS jawapan spontan yang diterima adalah perkara ini sudah lama diamalkan di selangor sejak zaman kerajaan Barisan Nasional dan ada juga jawapan spontan yang berbunyi "nak ubah tradisi 50 tahun kerajaan BN kena perlahan-lahan"

Penulis bukanya pakar syair atau pakar motivasi macam ahli politik tetapi dengan berbekal pemikiran yang belum dijajah atau dimanipulasi oleh mana mana parti politik.

Penulis merasakan tidak kira PAS atau UMNO demi undi apa apa pun boleh jadi, dan demi politik dan rakan parti politik yang tidur sebantal, parti politik yang majoriti ahlinya melayu sanggup menutup sebelah mata dan membiarkan kejahilan terus berlaku.

Mungkin ini yang dimaksudkan DAJAL bermata satu.



Sex tape dominates Anwar's online chat session

Hari ini ketua pembangkang dari PKR telah mengadakan sesi soal jawab secara dalam talian.

Ini merupakan satu langkah yang amat baik untuk mendekati para pengundi.

Penulis tidak berkesempatan untuk menyertai sesi chatting online tersebut, tetapi salah seorang sahabat penulis telah mengemukakan soalan berikut:

[Comment From Mr xxxx : ]
Which country will be Pakatan's model in administering the nation under you?

11:50 Anwar Ibrahim:
we will take positive policies from various countries.


Daripada gaya jawapan memang cukup selamat.

Penulis ingin bertanya, namakan negara yang paling berjaya di dunia ini yang mana anda sebagai seorang muskim cukup bangga dan ingin malaysia menjadi seperti negara tersebut?

Sila komen.

Sekian

Wednesday, May 18, 2011

The Blaming Game - 'Project IC' whistleblower: Pakatan states at risk

Penulis ada terbaca satu artikel di www.malaysiakini.com bertajuk 'Project IC' whistleblower: Pakatan states at risk.

Kesimpulanya amat mudah, menyalahkan orang lain dek ketidak upayaan diri sendiri untuk memenangi hati rakyat.

Perlu di ingatkan bahawa dalam demokrasi parti yang mendapat majoriti sokongan rakyat akan menang.

Dalam kes Malaysia, kebanyakan pengundi adalah silent voters yang tidak suka menunjuk, berarak dan memekik ataupun menjadi ahli mana mana parti politik.

Golongan silent voters atau pengundi atas pagar ini laa yang merupakan golongan majoriti.

Just Because kita popular di kalangan 2 - 3 orang, mempunyai duit berjuta juta untuk ditabur dan suap, menggunakan blog dan media untuk mentabur fitnah, tidak bermaksud yang kita merupakan parti yang paling popular.

Ingat, malaysia ini negara demokrasi dan MAJORITY WINS.

Tuesday, May 17, 2011

Tun Mahathir Dimasukan ke IJN

Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) hari ini bagi menjalani rawatan jangkitan pada dada beliau.

Mantan Perdana Menteri itu dimasukan ke wad biasa kira-kira 6 pagi selepas mengadu deman dan batuk sejak dua hari lalu.


"Dr Mahathir kini menjalani rawatan antibiotik dalam saluran darah dan fisioterapi dada," kata pembantunya Sufi Yusoff dalam satu kenyataan.

Direktori Media Politik

Bagi mereka yang tercari cari laman blog politik beraliran pro kerajaan dan pro pembangkang sila layari website seperti di bawah:

Pro Kerajaan

Link1. Pisau

2. Gerakan anti PKR

3. PAPA Gomo

Pro Pembangkang

1. Milo Suam


Link2. Harakah Daily

3. Malaysiakini

Selamat membaca dan ingat kita sebagai individu mempunyai pilihan sendiri mengapa perlu kita mengikut telunjuk parti politik, kata orang tua "ada otak fikir"

Pemilihan Parti Pas

Umu sedia tahu Jun ini akan menyaksikan pertembungan tokoh tokoh pas pada muktamar Pas yang akan datang.

Diantara keratan yang sempat di petik daripada akhbar harakah daily “PAS mempunyai 180 kawasan di seluruh negara dan 152 daripadanya menghantar pencalonan bagi jawatan utama namun enam borang ditolak menjadikan 146 pencalonan diterima”. -
Harakah.

Yang menarik disini sebanyak 28 kawasan tidka menghantar pencalonan WHY?

Seperkara lagi yang menarik adalah bagaima Mohd Sabu boleh mendapat pencalonan yang banyak berbanding Ustaz Nasharudin.

Melalui beberapa blog dan sumber yang diperolehi gelaran "al-Juburi" di cetuskan oleh salah seorang calon seperti di atas. (anda mungkin boleh teka siapa yang dimaksudkan)

Bagaimana kita rakyat Malaysia yang mendokong prinsip keadilan, ke tatasusilaan dan kesopanan boleh membiarkan seorang calon yang kata orang kelantan "mulut hodoh" masuk calon.

Kesimpulanya sekiranya seorang yang dari luaran nampak bersih, jujur dan amanah ditambah dengan ilmu yang boleh menyebabkan dirinya digelar ustaz tidak mendapat kepercayaan daripada ahli penulis pun tak tahu jenis pemimpin apa yang kita perlukan.

Tepuk dada tanya selera.

Mencari Kebenaran

Saban hari kita di suap dengan berita berita sensasi politik baik dari media arus perdana mahupun berita daripada arus alternatif yg pro pembangkang.

Politik boleh diibaratkan sebagai "double edge sword" silap silap yang menjadi mangsa dek kerakusan ahli politik ini adalah Negara tercinta kita.

Berbalik kepada "title" blog ini - Mencari Kebenaran- ianya dicetuskan hasil daripada pemerhatian penulis terhadap sikap angkuh, sombong, degil ahli politik negara kita yang rata-rata lebih mementingkan survival parti daripada Negara Malaysia yang tercinta.

Blog ini akan mengupas segala isu yang dimainkan dengan objektif utama adalah mengajak pembaca untuk menggunakan akal yang waras untuk mencari HAQ (kebenaran) yang tulen dan jitu dan tidak semata-mata membiarkan pendiran diri sendiri dikemudi oleh juraga juragan politik yang tidak bertanggungjawab.

Penulis juga ingin mengajak pembaca untuk turut serta di dalam memberi komen yang membina bagi memastikan negara kita tidak ketandusan bakat bakat muda politik yang berwibawa lagi bijaksana.

Selamat membaca

Sekian